Tidak semua manusia sempurna..
Tatkala exam semakin mendekati..
Banyak benda yang telah dilukakan hati..
Ada sahaja yang tidak kena..
Mungkin kerana terlalu 'stress'..
Duit tak ada juga..
Exam dah dekat..
Semuanya bercampur baur
Bila lihat rakan sekeliling..
dipenuhi dengan buku..
Terasa gahnya diri untuk membaca..
Namun begitu..hatiku lupa..
akan peristiwa itu..
Aku memang insan yang tak pernah lekang dari dosa..
Banyak kekhilafanku..
Banyak sangat persoalanya..
Namun ak tujukan sajak berharga ini..
Buat mereka yang sangat ku cintai...
Mata…
Pernahkah kau melemparkan pandangan sinis
Hingga membuat hati sahabatku terasa??
Lidah
Adakah kau tersalah bicara
Hingga membuatkan hati sahabatku terluka?
Hati…
Betulkah kau berburuk sangka
Hingga Membuatkan sahabatku kecewa?
Tahukah kamu
Bahawa di antara ramai sahabatku kamu yang paling istimewa?
Tidak pernah terlintas dimindaku untuk
Menyakitimu
Apatah lagi melukakanmu
Lantas
Mengapa kini kita mula berubah sikap
Tidak bertegur-sapa
Tidak mahu berbicara denganku
Mengapa wahai sahabat?
Tahukah hatiku sedih dengan semua yang terjadi?
Hiba dengan sikapmu
Janganlah kau berdiam diri tanda memprotesku
Terangkan tentang salahku
Moga ku tahu tentang silapku
Sahabat
Andai kamu masih dengan sikapmu itu
Ak redha
Mungkin salahku besar buatmu
Namun ketahuilah
Aku mohon
Agar pintu hatimu terbuka untuk memaafkanku
Dan kembali bergelak tawa denganku
Seperti masa-masa dulu..
No comments:
Post a Comment