Wednesday 1 February 2012

♥♥Bakal Suami♥♥


Are You My Husband??

Bila sahaja sebut perkataan "Suami"..hati ini sangat berdebar kerana perkataan tersebut membawa sejuta makna dalam kamus hidup seorang wanita. Apabila udah mencapai 21 Tahun, banyak sahabat yang bertanya? Bila U nak kahwin??Emm..bukan tak nak kahwin tapi si pengarang jantung hati pun tak ada lagi. Sebenarnya hati wanita ini, teringin sangat untuk memiliki "Prince Charming"..tetapi teringat la pula kata ibu dekat rumah "Kakak jangan gatal lagi, belajar sampai habis dulu,,baru pikir pasal itu"..Ermmm!Alamatnya ak perlu tunggu 2-3 tahun lagi la..Memang jeles tengok rakan lain dah berpunya, tapi ak masih lagi berpegang pada kata ibu dan mengekalkan prinsip iaitu "Diriku Tidak akan sesekali berjinak dalam 'Perhubungan yang belum Pasti Kekal dan diredhai Allah S.W.T' atau dengan kata mudah ak hanya mahu berkawan dengan semua lelaki..Jika mempunyai title "couple" pasti banyak dugaan dan pancoraba, oleh itu ak memilih untuk berkawan.

     Ada juga sahabat sering berkata padaku "Kenapa tak nak cari teman lelaki?"..kata-kata yang lebih sinis "Ada ke orang nak kat ko?"mmng sedih dengan kata tue, tahulah dia dah berpunya, tapi xsemestinya hubungan itu akan bahagia, tambah-tambah lagi asyik mengutuk orang.. Ak terima kata tue dengan redha, dan harap Allah S.W.T akan memberi balasan pada katanya..Minta Maaf Sebab Terlalu Sensitif..Memang tak pernah sekali pun dalam hidupku bercouple tapi "Cinta Monyet" adala..haha

    Sebenarnya, ak merupakan seorang peramah dan banyak juga la "putera" ak mengenali..Sejak darjah 6 lagi, ak sudah pun mula memiliki cinta monyet tersendiri dengan 2 orang budak lelaki iaitu **K.A** dan juga *N*..Klu nak citer cinta monyet ni memang lawak dan mungkin xhabis sampai esk.. Ketika usia mencapai 20 Tahun, ak sangat tertarik dengan seorang jejaka. Setiap kali melihatnya, hatiku snagt berdebar dan dia juga baik sekali dengan diriku serta perkara paling penting ialah semua ciri yang terdapat pada diri jejaka tersebut ada pada ayah dan juga abangku..Namun ak tahu, banyak manusia yang tidak suka dengan lelaki idamanku itu kerana mereka cakap ak tidak padan dan perkara yang mengguriskan hati ialah "Dia dah berpunya, so ko xyah la terhegeh-hegeh nakkan dia"Faham!!..Sampai sekarang, ak cuba menjauhi dari melihat dia, tetapi hati ini menidakkan..ak sedih dan mengaku diriku memang tidak sempurna padanya. Ak hanya berserah pada Allah S.W.T dan berpegang pada kata-kata Imam Nawawi iaitu:

"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu."
Bila je lihat gambar di atas, ak sering memikirkan untuk memiliki seorang bakal suami yang penyayang dan sentiasa mendidik anak-anakku dan juga diriku sndiri. Ak sangat sukakan suami yang lebih mementingkan isteri dan juga anak-anak daripada kerja serta tidak bersifat pemarah..Ak sangat syangkan dia♥♥Tak pernah pudar perasaanku padanya..Perghh!Jiwang la pulak..