Monday 24 September 2012

I Need Jang

 Hmm..waktu-waktu genting ni la..
Teringat dekat Jang..
Subhanallah..apa nak jadi dengan diri aku..
Kalau dulu bila time sibuk
tak teringat pon..Jang saja
selalu bertanya..
Tapi disebabkan Jang dah tinggalkan rumah
selama 52 hari..
rasa macam kehilangan sesuatu yang berat..
Bila ada masalah..tak ada manusia
yang boleh dirujuk..
she's the best supporter and mom that i have
 'hmm.termenung sebentar???'
Jang tengah dok buat apa la skarang ni..
Aku sepatutnya berdoa
agar Jang dapat melakukan ibadah
dan mendapat Haji yang Mabrur..
Bukan saja teringat kat Jang..
tapi dekat tok jugak..
Macammana tok sekarang neyhh?
Ok..tak depa jaga tok..
Hmm..serabut kepala dok memikir ..

Apa yang berlaku
ak harus bertawakal dan berdoa
agar Jang and Tok sentiasa 
dicucuri rahmat Allah s.w.t
Nak balik umah tok...
Tapi ak segan la..
Tak biasa kalau ada orang yang tak rapat.
Kalau dulu..jang yang
selalu sediakan peralatan bila nak balik Jitra
tapi sekarang ni dah tak ada orang
nak isi air, masak, p pasar malam and lipat baju..
 Even hari terakhir sebelum Jang berangkat
ke Tanah Suci Mekah..
Jang still do hard work..
She did everything for me..
Bila dah bekerja nanti..
ak takkan lupa jasa Jang
besarkan dan jaga ak..
I love my Jang and Tok very much..

 “Being a strong person, the reliable one. 
Is it this hard?
 I thought i can cover all my problems inside my self.
 If i can ask help for little things,
 i would. 
But there should be no one knows my entire matters.
 But why did these end up with solitude? 
People won’t say i’m a mysterious person 
‘coz i love to talk and explain anything.
 But i don’t realize since when,
 I summarize anything up by myself.
 Huh, it doesn’t sound important, does it? 
But i just won’t become someone
 who live with solitude and 
end up to be burdensome.”

Sunday 23 September 2012

The Truly Feel

 Buat pertama kali ana ingin memohon maaf
andai warkah yang ku kurimkan kepadamu 
membuatkan dirimu terganggu. I just want your
keikhlasan dalam membaca kandungan warkah yang mewakili diriku..
Ana malu untuk said in front U..
First of all, ana ingin memohon keampunan untuk
segala dosa dan kesalahan
yang telah ana lakukan sepanjang kita
menjalin persahabatan...
Kita dipertemukan oleh Allah s.w.t juga
dipisahkan oleh-Nya..Maaf, kerana ana gagal
menjadi sahabat yang baik untukmu.
Maaf kerana menjadi sahabat yang pernah menitiskan
airmatamu. Maaf kerana menyingung perasaanmu..
Maaf andai diri ana pernah membuatmu kurang
selesa dengan sikapku.
Maaf andai kata engkau pernah tergannggu
dengan kekhilafanku..Maaf, jika ana tak mampu
menjadi yang pertama bila engkau memerlukan seseorang
disampingmu..Maaf juga ku pinta kerana
aku tidak mampu menjadi sahabat yang
sempurna dan baik untukmu.
Ana cuma seorang sahabat yang penuh kekurangan dan kelemahan..
Mungkin ada kekurangan dan kesilapan ana
yang tidak aku sedari walaupun telah sedaya upaya
ana mencari dan itu mungkin telah mengguris hatimu.
Setulus hati, ana mohon keampunan,
kerana pernah menitiskan airmatamu disebabkanku..
Maaf sahabatku, kerana aku tidak mampu
menjadi penyebab kau tersenyum dan tertawa..
buat sesuatu ketika..

Semoga setiap langkah yang terbuka
akan membawamu ke jalan Redhanya Allah s.w.t.
Mungkin inilah suratan takdir yang telah
menetapkan untuk menemukan dan kemudian memisahkan kita..
'Diamku kini bukan bererti membenci, tetapi cukup
sebagai tanda ana ingin kau bahagia tanpa ana
yang sering melukaimu dan
membuatkan kau menjadi bisu dan berasa tidak selesa
dengan kehadiranku..'
Sahabat, kau berhak bahagia dan gembira,
bukan dibanjiri dengan
airmata seperti ketika
kau bersama denganku..

Sepanjang kita bersama, terlalu banyak yang telah kau
korbankan dan banyak juga kau membantuku...
Allah s.w.t menyayangi orang yang
paling banyak berguna pada orang lain..
Maaf jika ana bukan seperti itu.
Maaf kerana sering menyusahkan..
Sahabat, maaf andai aku pernah membuatmu kesal mengenaliku,
tapi bagi ku,
tidak ada rasa itu walau sedikit
sebaliknya aku teramat bersyukur kerana pernah 
diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian
dari cerita hidupmu..
Maaf andai memandangku sahaja
membuat kau tidak selesa,
maaf jika kehadiranku di hadapanmu
membuat engkau merasa benci,
meluat, dan ingin berlari sejauh mungkin..
 
 ~Ikhlas daripada Hatiku~
Wahai sahabat, ana tidak dapat
melelapkan mata bila ana termimpi
benda-benda yang membuatkan
ana membencimu..mungkin ini
adalah godaan syaitan
untuk memisahkan kita..
Sahabat ana cuba untuk menjaga
perasaan ana supaya tidak terlalu sensitif
terutamanya 'bila mendengar bait nama
orang yang pernah buat ana sedih'
ana cuba untuk melupakan..
tapi apabila nama itu muncul..
hati ana menjadi panas..
so sebagai sahabat ana yang terbaik..
ana harap selepas ini bila kita berbicara..
janganlah ungkapkan nama itu..
Maaf sahabatku yang tersayang..
Ana dah mengguriskan hatimu..


Tuesday 18 September 2012

Eid Mubarak

 Ingatkan dah nak berkubu blog neyhh..
Tapi malam yang lapang neyh
Nak start balik menulis
Bukan taknak menulis, tetapi
Disebabkan kekangan, masalah, problems and so on..
So kita tangguhkan yang mana sunat 
dan dahulukan yang wajib..

By the way…before the syawal menutup tirai..
Entry hari nie nak ucap..’Selamat Hari Raya Aidilfitri’..
 Hehe…maybe orang kata kita neyh gila ke ape?
Tapi kita nak jugak citer pasal Raya
 yang tak seberapa tahun neyh…
 
Boom! Boom..bunyi mercun berdentum..
Dalam hati ‘Eee!!bencinya budak-budak nakal neyh’
Tak reti sungguh orang nak sembahyang pon xbley!!!
Asyik dok dengar bunyi mercun ja..
Namun..insaf sebentar, mungkin zaman muda-mudi dahulu
Kita pon sama macam mereka, 
Cuma keinginan untuk bermain
Mercun tuh dah terkubu di persimpangan jalan..
’Dah takda Feel’
 Tapi even dah besar sekalipun..yang peliknya..
Abah kesayangan ni..asyik2 bawa pulang buah Tangan..
‘Ada segala mak nenek mercun’..alhamdullillah
Takda lagi orang putus ‘jari’ dalam keluarga kita..

Disebabkan tok & jang call..’’kakak balik awal ckit masak!!’
So kita dan Abang bertolak balik Jeniang hari Khamis..
Mula-mula rasa cam tak best sebab umah tok takdak internet..
Nak pinjam BB budak tuh pon..kedekut cam taik hidung masin..
So..bersabar je la..’untuk Jang & Tok’..kakak sanggup buat apa sahaja..

Jumaat dan Sabtu merupakan hari paling sibuk..
Nak masak dekat orang ni & orang tuh..
Yang syoknya , malam raya selamat membuat ‘Kek Chocolate Moist’
Keesokannya..pagi-pagi raya kena masak ‘Bihun Sup’ untuk satu family..
Naseb baek, Maira & Nanie ada..semua berjalan lancar..

Tak lupa juga buat adik dekat New Zealand..
Awal pagi lagi dah call mak 
‘Wish Everybody Happy Eid Mubarak’
Kita pura-pura tak nak dengar..
Takut air mata ni menitis…huhuhu

Macam biasa..lepas sembahyang raya..
Kami semua bersiap-siap balik Pendang..
Hahaha..kena marah dengan Abah??
‘Kamu ni nak balik ke tak?Bila sebut jer nak balik Pendang
Semua keje slow..’abah tak faham dengan kamu neyh’
Dengar je la..namun hati gundah ni mula bertaman..
Bila Maira nak teman kita ke Pendang..
‘’Haha..lega’…takda la bosan sangat
So seperti sedia kala..semua tempat kena singgah..
Sekali lagi kena marah dengan Abah
‘Kakak kamu nak balik cepat ni kenapa??’
Hmmm..diam tak terkata apa..
Tapi ada mulut pulak menjawab
‘Dia nak tengok VC abah?’
…..layan *********
 
Raya ketiga dah mula berangkat pulang ke Kulim
Cuz esok..ada rombongan besar ke rumah..
Alhamdulillah..mak teman ke Tesco beli bahan untuk menu esok’
Semuanya di prepare dengan rapi…
Kawan baik akan berkumpul di rumah..
‘We are frenz forever’
Bersyukur sangat kerana dapat menjamu mereka
Dengan air tangan sendiri..
Teruja sangat sebab dah lama tak bersua muka..
Anisah, Dayah, Hidayatul, Nazratul, Fatin,
Arefe, Afeze, Baby…meriah gila..

Disebabkan dah lama tak balik Penang..
Petang tuh..
Mak pun suruh abah bawa kita Balik Pulau..
Destinasi pertama ialah rumah Tok Ngah..
Sterusnya umah tok cik..ingatkan malam tuh
Nak singgah Padang Broom..rupa-rupanya
Abah ‘Pandu laju-laju, bawaku pergi pulang rumah’
Walaupun malam tuh dah berapa kali melahap..
Tetapi perut ni tetap berkeroncong..
Ish ish ish..apa nak jadi??
Apapun raya tahun ni best jugak even without Awanis..
 ~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI~