Monday 25 February 2013

Aku Suka Dia

Apabila dirimu meminati seseorang, 
mohonlah kepada Allah SWT 
agar hatinya akan kamu miliki.
 Jika kamu sangat menginginkannya
 dengan sebenar-benar keinginan,
 maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.
Jangan sesekali kamu merayu pada si dia,

 kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka.

Apabila hati dipersenda, 
pasti sebuah kekecewaan akan menerpa .
Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah,

  Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, 
iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya 
atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya…
Wallahua’lam


  
Adakala kita hanya mampu ganti rindu dengan doa, 
 sebab kita tidak punya kuasa untuk bergerak 
mendekati mereka yang kita cinta.
 Kita di sini. 
Mereka di sana.
 Harapannya, mereka juga tidak melupakan kita. ♥
Always dedicated to my adik..
Be a good daughter for mak and abah!!
Make them proud of you..
 Insyallah..next time after u comeback to Malaysia
I will treat u nicely..(^-^)ekeke


Siapa pun dihati mu,
jangan biarkan rasa itu melalaikan diri.
Jadikan rasa itu penguat hati &
 mendekatkan diri kepada Ilahi.
 Jika perasaan dihati
 menjauhkan dirimu daripada cinta Ilahi,
 rasa itu tidak layak singgah disanubari.


Terpanggil dengan Tazkirah seorang Ustaz
yang telah dicoretkan oleh SEDERHANA INDAH
 “malulah pada diri sendiri yang menyebut-nyebut nama cintanya sambil menangis dalam setiap doa, sujud dan isthikarah tetapi terlalu sedikit menyebut nama Rasulullah dan kedua Ibu Bapa diantara semua itu. cukupkah dengan berdoa ‘ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah ibu bapaku seperti mana mereka mengasihani aku ketika aku masih kecil’ sedangkan terlalu banyak kita berdoa ‘jagakan si dia yang aku cintai, bahagiakanlah orang yang aku cintai, lindungilah orang yang aku cintai, jadikanlah orang yang aku cintai orang yang mencintai-Mu, moga orang yang aku cintai akan bersamaku di syurga’ dan sebagainya dalam doa? malulah pada diri sendiri wahai orang muda. malulah!”
 

Pergi Tak Akan Kembali

  Mendengar, membaca atau menerima berita kematian ibu bapa sesiapapun,
 pasti akan menjemput sama rasa sayu. 
Sebak dan pilu yang dikongsi diri bersama Tuhan.
Dipinjamkan bapa selama 18 tahun, 
rasa tidak puas, rasa tidak cukup,
 rasa mahu diputarkan masa kembali dipinjamkan seorang bapa.
(khas buat Syifa' and Nanie) 
Tetapi kematian adalah perkara hakikat, 
takkan awal atau lewat walau sesaat. 
 Redha dengan nikmat yang diberikan walau sekejap. 
Selalu yakin, 
apapun yang diambil Tuhan, 
tetap ditinggalkan satu perkara. 
Hikmah. 

 
  Rasa cemburu takkan padam saat melihat kenalan 
dan teman masih mampu cium tangan,
 kucup dahi atau memeluk erat bapa mereka. 
 Kalau ada mesin masa,
 sesiapapun mahu kembali ke zaman diri masih memiliki.
 Mahu buat apa yang jarang atau 
tidak pernah jadi amalan diri 
buat seorang lelaki yang bergelar ayah. 
Tapi taqdir hidup bukan kita yang tulis, tapi Tuhan.
 Tuhan yang selalu beri apa yang kita perlu, 
bukan semata-mata apa yang kita mahu.
 Sebab Tuhan yang paling tahu. 
 
Sungguh.
 Kematian dan kehilangan 
mendidik jiwa lebih menghargai apa yang masih tinggal.
 Syukur dan redha. 
Kita yang masih punya salah seorang daripada orang tua,
 seharusnya terasuh untuk lebih menghargai yang masih ada.
 Kalau tiada beza, pasti ada yang tak kena pada diri kita. 
Buat yang masih punya bapa. 
Kucuplah pipi dan dahi saat bertemu.
 Hubungi bertanya khabar andai jarak memisahkan.
Kalau masih belajar, 
dan kita hanya hubungi waktu poket kosong. 
Kita patut malu.
 
Kalau yang selalu dihubungi adalah buah hati,
 bukan ibu atau bapa sendiri. 
Kita patut malu.
Kalau rasa malu hendak ucap 
‘saya sayang ayah,’ atau ‘saya sayang ibu’. 
Buang rasa itu. 
Itu rasa malu yang sia-sia yang akan menjemput sesal sampai bila-bila. 
Beritahu ibu dan bapa, kita sayang mereka.
Barangkali buat sesetengah orang,
 tidak jadi budaya untuk ucap sayang pada orang tua. 
Untuk kucup pipi dan dahi. 
Untuk peluk dengan erat sekali. 
Barangkali kita tunggu jasad
 mereka dikafan berenjis air mawar,
 baru hendak buat. 
Saat itu, semuanya sudah terlambat. 

Jangan jadi manusia yang rasa cukup
 apa yang diberi pada orang tua. 
Sebab bila kita rasa kita sudah beri segala-galanya, 
sebenarnya tidak.
 Kita cuma tak mahu berubah. 
Kita tak mahu jadi lebih baik.
 Kita tahu ibu dan bapa adalah nikmat yang dipinjamkan. 
Tapi kita lupa,
 pinjaman itu perlu dikembalikan.
Pada orang tua kita, peluk, cium dan ucap sayang. 
Bukan esok, tapi sekarang.
_Amiruddin Abdul Rahman_####
 
 
Every night before going to sleep, 
spend a little time by yourself thinking about everything,
 good and bad, that you’ve done during the day.
 It doesn’t have to be a lot of time, 
just take out 10-15 minutes for yourself and your Lord. 
Analyze the day’s activities.
 Any good that you did, 
say ‘this was for Allah, 
may He allow me to do better tomorrow’
 and forget about it.
 Any bad that you did,
 say ‘may Allah forgive me for this,
 and allow me to do better tomorrow’ and move on. 
 
 
A strong person is the one that forgets any good he did 
and asks for repentance for sins and strives to do better.
We sin and do righteous actions all the time. 
If our righteous actions are for His sake,
 then they will be rewarded. 
If we ask for forgiveness every time we sin,
 then we will be forgiven, in sha Allah (if He wills.)
 

Each day is a brand new start. 
Each morning is another chance to turn it all around. 
Should we not start off on a fresh page each day we wake up?
Ask of your Lord, and He will give it to you.
“And when My servants ask you, [O Muhammad], concerning Me - indeed I am near. I respond to the invocation of the supplicant when he calls upon Me. So let them respond to Me [by obedience] and believe in Me that they may be [rightly] guided.”
[Surah Baqarah: 186] 
May Allah guide us all to the right path, 
forgive us for our sins, 
and shower His Mercy upon us. Ameen.
 

Saturday 23 February 2013

Dulu Sayang, Now Buang

 Alkisahnya.. 
kalau mencintai dan menyanyangi seorang wanita
 janganlah sesekali melukakan hati wanita baik itu..
sebab hati wanita mudah tersentuh 
Older Entry pernah jgak sebut pasal lelaki.. 
Tapi kita bukanlah nak buka pekung.. 
Tapi juz nak kongsi cerita benar..
 dan harus diambil pengajaran 
terutamanya kaum lelaki..
Percintaan antara kami berdua memang lama 
Bermula sejak saya di Tingkatan 1 lagi.. 
Saya memperoleh pendidikan awal
 di sekolah yang semuanya terdiri daripada wanita..
 Apabila peroleh keputusan cemerlang,
 mama telah pon menghantar saya ke sekolah campuran.. 
Pada mulanya, saya agak kekok.. 
namun saya harus biasakan diri
 dengan niat untuk mendapat kejayaan yang cemerlang..
 Tidak dinafikan, bahawa saya merupakan pelajar terbaik
 di sekolah saya sehingga ke Tingkatan 5..
Pertemuan pertama dengan seorang budak lelaki ini,, 
Cirinya agak comel sedap memandang di mata sya..
 Pada mulanya saya tidak jatuh hati... 
namun setelah terdengar gurau senda rakan sekelas..
barulah sya tahu bahwa budak laki itu mahu mengenali saya..
 Waktu itu saya banyak berdoa kepada Allah s.w.t..
 Betulkah tindakan aku in??
Adakah perhubungan ak in boleh menjejaskan
 keputusan peperiksaanku??
Apakah pandangan rakanku yang lain??
Ermmm..adakah ak patut menerima??
 Disebabkan terlalu suka akan diriku,
 lelaki itu telah mengekoriku ke rumah..
Dia merupakan salah seorang anak orang berada di sekolah..
Oleh itu, kemana sahaja ak pergi
 pasti akan dibontoti olehnya
Maklumlah anak orang kaya..
datang sekolah pon drive sendiri
 Pada mulanya, aku tak percaya..
anggap dia sebagai kawan,
namun disebabkan dia terlalu ambil berat
dan selalu sahaja mendekatiku..
aku pon mula menyukai dirinya..
At that time...ak banyak berdoa
benarkah keputusanku ini??
 Ya Allah. 
If I am to fall in love,
 let me touch the heart of someone
 whose heart is attached to you.
 
Kami berkawan dan bercinta
akhirnya..kami berharap hubungan cinta
yang mekar ini..biarlah
terjalin sehingga ke jinjang pelamin..
 Selepas Tingkatan 5, ak telah mendapat
tawaran untuk melanjutkan pelajaran di
luar negara dalam jurusan Dentisry,
manakala dia pula mengambil
jurusan kejuruteraan di salah sebuah universiti tempatan.

Aku telah mengikat tali pertunangan dengan dia
sebelum aku ke luar negara.
Aku tak dapat nak gambarkan perasaan gembira
nak bersama dengan orang yang aku cintai selain dari parentsku.
 Kami bercinta 'cinta pandang jarak jauh'
Kadangkala dia selalu jugak datang
melawatku di sini,
tak lupa juga setiap kali hari lahirku
dia akan datang kesini
dan akan berikan hadiah yang berharga dan tidak kuminta
Maklumlah anak orang kaya, semua bleyh dapat..

Pada penghujung tahun 2011,
aku telah menerima tamparan besar
apabila bapa kandungku yang tercinta
telah kembali ke rahmatullah..
 aku sedih sangat pada waktu itu..
sempat jugak ak kembali ke Malaysia untuk melihat
jenazah bapaku..sekarang ini ak sangat memerlukan
kekuatan dari-Nya..
Aku bersyukur tunangku tidak putus-putus
memberikan kata semangat pada diriku..
Ak hanya meletakkan nota dalam diriku
'Allah s.w.t lebih menyanyangi ABAH'

 Aku ingin cuba membuka buku baru
pabila mencecah tahun 2012 ini..
aku berharap perjanjian yang telah dibuat
antara tunangku dan abah termakbul
 yakni kami berdua akan melansungkan pernikahan pada
  22/2/2013 iaitu selepas ak tamat pelajaran
di luar negara..
 Tak sabar juga ya...ermm
Namun begitu,liku-liku kehidupanku
tidaklah begitu indah
kerana aku merasakan
hubunganku dengan tunangku sangat jauh
 ak pon tak mengerti??
ak mengaku bahwa ak sangat cbuk
bagi menyiapkan tesis terakhirku..
 namun aku memerlukan pengertian dari dia..
aku ingatkan dia mengerti akan masalahku
Namun,dia lebih gemar
mencari wanita lain untuk menagih kasih sayang
Beberapa bulan kemudian, ak
telah mendapat satu keping msg
yang berbunyi
'Kita Break-up'
 Luluh hatiku pada masa itu
Ketika itu, ak begitu sedih sekali,
Ak fikir nak percaya or tidak akan
keputusan yang dibuat olehnya,
Kenapa dia bertindak sedemikian
 Banyak perkara yang berada di fikiranku..
"Dia dah tak sayangkan aku lagi ke??"
mana janji kasih yang telah dibina dulu..
Tiada jawapan kata putus darinya
Namun begitu, ak tekalkan hati,
aku tahu Allah s.w.t lebih menyanngiku
mungkin Allah s.w.t telah metakkan jodoh ak
bukan dengan dia..


Dengan sokongan mama dan adik-beradikku yang lain..
ak tabah juga walaupon sedihku ini
tidaklah seperti ku kehilangan bapaku..
 Aku cuma tuhu berita mengenai
pertunangan dan perkahwinanya
daripada rakan lamaku,
Mereka ada bertanya samada aku
dijemput atau tidak??
 Aku hanya mampu menjawab 'ooo'
Peristiwa yang mungkin kekal dlam
mindaku..
Pada hari aku sepatutnya diijabkabulkan,
ramai keluarga sebelah abah dan mama hadir,
Aku malu sangat!!!
 Aku kelu lidah dan tidak tahu nak jawab bla mereka bertanya
Cuma air mata yang tak henti gugur
Kenduri Nikah tersebut ditukarkan kepada
Kenduri Arwah Abahku
 Apa yang menyayat hatiku ialah??
Tergamak dia melakukan ak seperti itu..
Pada tarikh sepatutnya ak bernikah..
dia telah menjadi tunang kepada orang lain
buat kali kedua..
 Sampai hati dia melakukan ak seperti itu..
Ak banyak mendekatkan diri kepada Allah s.w.t
dan rakanku banyak memberi dorongan
Ak tertarik dengan kata-kata ini:
Kita akan diuji melalui apa yang kita sayangi 
dan dengan apa yang selalu kita katakan.
  'Mungkin hari ini, hari dia
tapi manakan pula hari esok
mungkin akan berlaku pada
anak keturunannya nanti'


Ya Allah berikan saya kekuatan untuk memadam namanya dari hati ini
Alihkan pandangan saya daripada memandang seraut wajah jernih itu

Jangan biarkan suaranya menjadi asbab untuk saya tidak khusyuk dalam ibadat
Jangan saya biarkan bayangannya memenuhi segenap ruang minda sentiasa
Hati ini sudah tidak sanggup menanggung perasaan ini..



Since the cold wind blows 
Tears are shed at thoughts of you 
The day you left without saying farewell 
You only left me with longing 
In my heart that longs and cries for you
 You visit it today thousands of times
 Even when I shout out your name at the top of my lungs
 You don’t give me any sort of answer
Why don’t you know me who is waiting?
 Whatever season it is, 
I am waiting I just silently cry,
 I’m sad, I’m sad Come back my dear 
Don’t you know?
As the tears endlessly flow
 There are no days when my sad eyes are dry
 Why is my farewell so heart aching like this? 
Why am I the only one whose heart is aching like this?
 Why don’t you know me who is waiting? 
Whatever season it is,
 I am waiting I just silently cry, I’m sad,
 I’m sad Come back my dear
Don’t you know?
Sejak daripada peristiwa yang berlaku itu..
Aku banyak menghabiskan masa dengan mendengar
coretan hamba Allah s.w.t..
Ak berasa senang berbuat demikian
Ak gembira dengan inspirational spirits yang diberikan.
"Saya percaya jodoh itu misteri. 
Letaknya di tangan Allah, bukan manusia. 
Jangan biar manusia lain menetapkan definisi jodoh bagi kita.
 Jodoh itu bukan mesti jatuh cinta dengan orang bujang. 
Atau lelaki berkopiah. 
 Atau wanita yang tidak pernah berbuat salah. 
Menjadi isteri kedua adalah jodoh.
 Menjadi isteri pada cikgu awak adalah jodoh. 
Berkahwin dengan office boy tempat awak bekerja adalah jodoh. 
Berkahwin dengan musuh awak zaman belajar dulu adalah jodoh. 
Berkahwin dengan janda adalah jodoh. 
Berkahwin dengan lelaki yang lebih muda adalah jodoh. 
Berkahwin dengan duda anak tiga adalah jodoh. 
Berkahwin dengan orang yang asalnya bukan Islam juga tetap jodoh.
 Kerana jodoh itu bubuhnya di tangan Maha Pencipta, 
jadi ia boleh datang dalam macam-macam rupa.
Kalau kita betul-betul hendak tahu apa akhir cerita cinta kita,
kita kena berbalik pada tempat asal cinta itu.
Dan seperti kawan saya kata,
tempatnya cuma ada satu.

-WaniArdy- 
Baik dan buruk Jodoh kita,
 itu semua adalah Allah yang tetapkan.
Kerana itu berbaik-baiklah dengan Allah.
Allah akan memberikan hanya yang baik-baik sahaja buat kita.
 “Dan ingatlah ketika Tuhan kamu mengumumkan:
Sekiranya kalian bersyukur,
maka Aku akan tambahkan(nikmat yang diberi).
Dan sekiranya kalian kufur,
 sesungguhnya azab Aku amatlah pedih.”
Surah Ibrahim ayat 7.

Syukur bukanlah bermakna cakap Alhamdulillah sahaja.
Tetapi syukur perlu dimanifestasikan dengan ketaatan kita kepada Allah SWT.
Justeru, bukan sahaja jodoh,
bahkan rezeki, kekuatan, mudah urusan,
semuanya adalah pemberian Allah,
 maka perlulah kita melihat hubungan kita denganNya
untuk benar-benar menjalani kehidupan dengan tenang dan kuat.
 Tetapi jika dengan Allah sudah tidak baik,
 maka dari mana lagi kita hendak dapatkan kebaikan? -Hilal Asyraf-